MENTERI BESAR TERENGGANU : DATO' AHMAD BIN SAID
Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di sekolah kami pada 16 April 2011 bertujuan untuk meraikan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu PMR dan SPM 2010. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aziz bin Muda selaku pengetua sekolah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said dan kehadiran Y.B Dato’ Awang Tera selaku pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Ramai ibu bapa pelajar yang dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Anak - anak mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis yang disertai oleh Menteri Besar kita. Pada mulanya, kami menyanyikan lagu kebangsaan iaitu ‘Negaraku’. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan alunan ayat al Quran oleh seorang ustaz Arab sekolah kami iaitu Ustaz Ahmed Elwan.
Seterusnya, Tuan Pengetua dijemput untuk memberikan sepatah dua kata dan merasmikan majlis tersebut. Y.B Dato’ Awang Tera selaku pengerusi PIBG juga menyampaikan ucapannya dengan begitu sempurna. Seterusnya, majlis telah menjemput Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said untuk berucap.
Selepas itu, majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM 2010 telah disempurnakan. Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said dsekali lagi dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Setelah itu, majlis ditutup dengan alunan Asmaul Husna.
Semua ibu bapa dan guru dijemput untuk makan tengahari bersama Menteri Besar. Kami berasa amat bersyukur kerana telah dapat menyempurnakan majlis itu dengan sempurnanya. Kami juga berasa bangga kerana Menteri Besar kita iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said sudi meluangkan masa bersama kami untuk kali kedua dalam tempoh 5 tahun ini.

No comments:
Post a Comment