Baru – baru ini sekolah kami telah diadakan satu festival iaitu FESTIVAL NASYID SEKOLAH MENENGAH DAERAH KEMAMAN 2011 pada 20hb April 2011. Tema festival ini ialah ‘Akhlak Mulia Sahsiah Terpuji’. Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Kemaman yang terlibat dalam festival tersebut.
Sekolah - sekolah yang terlibat dalam festival ini seperti SMA Al Falah, SM Chukai (Premier), SMK Mak Lagam (Elit), SMK Sultan Ismail 1, SMK Sultan Ismail 2, SMK Bukit Mentok dan SMK Seri Geliga. Festival itu bermula pada jam 10.30 pagi dan diadakan di Dewan Besar SMA Al Falah.
Alhamdulillah, akhirnya majlis itu telah tamat dengan sempurna tanpa sebarang gangguan atau masalah yang wujud. Tempat pertama dalam festival nasyid itu dimenangi oleh SMK Mak Lagam (Elit) seterusnya diikuti oleh SMK Seri Geliga, SM Chukai (Premier), SMA Al –Falah, SMK Sultan Ismail 2, SMK Bukit Mentok dan SMK Sultan Ismail 1.
Walaupun sekolah kami tidak mendapat tempat Top 3, kami rasa amat bersyukur dan bangga kerana inilah festival nasyid yang julung kali diadakan di daerah ini. Kami juga rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan baru di festival itu.

No comments:
Post a Comment