-->

SMAAK Sk00l_Z

Pages

  • Home
  • Hubungi Kami

Tuesday, 10 April 2012

COOL Blog oleh Telekom Malaysia ( TM )




Telekom Malaysia ( TM ) telah menganjurkan satu kursus dan pertandingan membuat blog iaitu “COOL BLOG”. Peserta yang layak untuk menyertai kursus dan pertandingan ini ialah pelajar sekolah menengah, pelajar IPT dan badan organisasi seperti kerajaan, swasta dan NGO. 

Sekolah kami telah menghantar 5 orang wakil untuk menyertai kursus dan pertandingan tersebut. Peserta kami terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Kursus dan pertandingan ini diadakan di Dewan Serbaguna Mesra Mall, Kemasek, Kemaman.

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan penulis blog yang berhemah dan beretika ketika ‘posting’ di blog persendirian atau umum. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan blog. Kursus ini dapat mencungkil bakat - bakat baru pereka blog.

Jika setiap peserta mempunyai blog masing - masing, segala - galanya pasti menjadi senang. Contohnya, kita boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita hanya melalui blog sahaja. Kita juga boleh member komen di blog orang lain, dan orang lain juga boleh memberi komen terhadap blog kita. Barulah hidup timbul dengan perasaan saling kasih mengasihi.
Posted by che wan at 9:38 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


Pengikut

www.sportwettenmeister.com

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  April (4)
      • COOL Blog oleh Telekom Malaysia ( TM )
      • FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH KEMAMAN 2011
      • MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR & SPM 2010
      • TEST BLOG DERRRR

Pautan Lain

  • SMANT
  • JPN Terengganu
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Facebook
  • Twitter
Electro


Hak Cipta Terpelihara @ 2012